Berita Hari Ini

PDAM Bertemu PM, Lahir Kebimbangan Isu Harga Minyak

PUTRAJAYA: Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pagi tadi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu harga produk petroleum.

Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata pertemuan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di sini selama 45 minit, bersama empat lagi wakil PDAM.

“Kami membincangkan mengenai semua cadangan dan menyuarakan kebimbangan kami. Beliau (Dr Mahathir) kelihatan sangat memahami.

“Tiada keputusan dibuat setakat ini. Beliau kini sedang menghadiri mesyuarat Kabinet.

“Kami menunggu hasilnya. Tiada apa-apa lagi yang saya boleh cakap sehingga keputusan dibuat Kabinet,” katanya ketika ditemui media selepas pertemuan berkenaan, lapor BH Online.

Ditanya mengenai isu yang diketengahkan pihaknya dalam pertemuan itu, Khairul Annuar berkata, ia membabitkan semua isu yang telah dibangkitkan sebelum ini.

“Kami membincangkan beberapa perkara mengenai cadangan kami. Saya rasa biar Kabinet putuskan dulu dan saya akan beri komen kemudian,” katanya.

Sebelum ini, PDAM menyuarakan bantahan terhadap penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan.

PDAM juga turut meminta kerajaan meneliti semula kadar Margin Pengusaha Stesen Minyak yang menjadi salah satu komponen di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), yang pada masa ini digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir berkata, Kabinet akan memutuskan penetapan harga runcit produk petroleum hari ini.

Kelmarin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan harga runcit produk petroleum dikekalkan sebelum penetapan harga baharu akan dibuat sebelum akhir minggu pertama ini.

erikutan itu, harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan pada RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari 2019 berikutan penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan, sejajar trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");