Jenayah

Pemandu Toyota Vios Serah Diri

SEBERANG PERAI- Pemandu Toyota Vios hitam yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih terbenam dalam laut, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), hari ini.

Ketua Polis daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu berusia 21 tahun itu dibawa oleh ahli keluarganya ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, 2 pagi.

Menurutnya, suspek kini ditahan di lokap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) AKta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sehingga kini, kita sudah merekod keterangan daripada 15 individu terdiri daripada saksi-saksi yang melihat kejadian itu.

“Suspek kemungkinan akan dibebaskan dengan jaminan polis petang ini sekiranya kita selesai mengambil keterangan daripadanya,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan selama tiga jam mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas kerana tenggelam dalam laut selepas kemalangan itu berlaku.

Dalam kejadian 2.40 pagi Ahad lalu, pemandu SUV putih, Moey Yun Peng, 20, maut selepas kenderaan dipandunya terbenam dalam laut akibat kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang.

Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, mayat mangsa dan kenderaannya berjaya dinaikkan menggunakan kren, 5.50 petang lapor Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");