Jenayah

Pembekal Pekerja Warga Asing Maut Ditikam 14 Kali

BUKIT MERTAJAM: Seorang pembekal pekerja asing kepada pengilang ditemui maut dengan kesan 14 tikaman dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Pulasan, Bukit Minyak, Bukit Mertajam petang Sabtu.

Dalam kejadian jam 3.10 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai R. Manogaran, 55 tahun dari Subang Jaya, Selangor ditemui di dalam bilik utama dalam keadaan terlentang dengan sebilah pisau sepanjang 33 sentimeter tertusuk di bahagian perutnya.

Ketua Polis Daerah Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata terdapat 13 kesan tikaman di bahagian depan badan dan rusuk serta satu tikaman di bahagian belakang mangsa.

Pemeriksaan Pasukan Forensik juga menemui pahat berhulu besi sepanjang 23 sentimeter di singki bilik air utama rumah berkenaan.

Siasatan awal mendapati mangsa yang tidak berkahwin tinggal bersama 10 orang pekerja warga Myanmar di rumah tersebut.

Nik Ros Azhan berkata mangsa dikatakan tidak menghantar makanan kepada pekerjanya sehingga jam 2 petang menyebabkan pihak kilang menghubungi seorang pemandu van yang mengenali mangsa lapor Astro Awani.

Pemandu van itu yang tidak dapat menghubungi mangsa terus ke rumah mangsa dan mendapati rumah tidak berkunci.

Dia kemudiannya masuk ke dalam rumah tersebut dan melihat kesan darah di bahagian ruang tamu serta mendapati pintu bilik mangsa berkunci.

Sebaik pintu bilik mangsa dibuka dengan bantuan seorang pekerja Myanmar yang tinggal berdekatan, mereka terkejut apabila melihat mangsa sudah tidak bernyawa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihak polis kini sedang mengenal pasti beberapa pekerja mangsa untuk membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");