Berita Hari Ini

Pembelian Aset Tentera: Mohamad Sedia Dedah Laporan Jawatankuasa Khas

SHAH ALAM – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata beliau bersedia mendedahkan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan berhubung kes pembelian aset mencurigakan kementerian ketika pentadbiran kerajaan terdahulu di Dewan Rakyat.

Beliau berkata pihak kementerian tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung isu tersebut.

“… kalau ditanya di Parlimen, saya sedia menjawab apa-apa soalan berkaitan itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Projek Endowmen Pembangunan Residensi di UiTM Puncak Alam.

Mohamad berkata, laporan kedua jawatankuasa siasatan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang itu akan diserahkan kepada beliau sebelum akhir bulan ini.

Mohamad sebelum ini dipetik berkata, pihaknya akan mendedahkan laporan itu kepada umum selepas kementerian menerima laporan kedua daripada jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 30 Mei lalu.

Pada 22 Mei tahun lalu, Mohamad berjanji akan menyiasat segala dakwaan berkaitan Kementerian Pertahanan termasuk isu pembelian dua unit kapal selam Scorpene serta pembaziran dan dakwaan salah guna kuasa membabitkan pembelian aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");