Berita Hari Ini

Penawar Segala Penyakit Konon

HALAU sihir, penawar kanser dan menyembuhkan semua penyakit selain mati.

Itu sebahagian daripada khasiat palsu yang diletakkan pada label produk makanan kesihatan bagi melariskan jualan.

Bukan itu sahaja, ada produk makanan madu yang dijual di premis di Bukit Mertajam juga mendakwa makanan itu mampu merawat semua penyakit kecuali mati dan lebih mengejutkan ia hanya berharga RM8 sebotol.

Kewujudan produk-produk kesihatan auta itu ditemui ketika serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang di premis perniagaan di Bandar Perda, di Bukit Mertajam, hari ini.

Berdasarkan botol yang dilabel ‘madu tualang as sunnah’ itu, pengeluarnya mendakwa madu itu adalah penawar bagi segala penyakit kecuali mati.

Pegawai Kesihatan Persekutuan, BKKM, Mohd Wazir Khalid berkata, madu itu antara sebahagian 75 produk bernilai RM2,931 yang dirampas pihaknya.

Katanya, dalam operasi itu juga, pihaknya merampas kesemua produk yang didapati membuat tuntutan perubatan tanpa pengesahan pada label.

“Selain madu, pihak kami juga merampas air zam-zam yang didakwa mampu mengurangkan risiko penyakit dan merawat penyakit kanser yang didapati tiada pengesahan saintifik.

“Produk itu dirampas bagi tujuan siasatan dan beberapa produk yang dirampas itu dikeluarkan pengilang yang sama,” katanya di sini.

Wazir berkata, pihaknya kemudian mengeluarkan satu notis saman RM3,000 kepada pemilik premis .

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18E Peraturan-peraturan Makanan 1985.-MetroOnline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");