Berita Hari Ini

Penduduk Bingung Ribuan Cengkerik ‘Mengerumuni’ Mekah

MEKAH: Ribuan cengkerik ‘menyerang’ kota Mekah dan Masjidil Haram memaksa operasi pembersihan ke seluruh bandar itu dan menyebabkan penduduk bingung dengan fenomena tersebut.

Pengguna media sosial berkongsi imej serangga itu yang turut dilihat memenuhi sekolah dan kedai-kedai, malah turut mengganggu mereka yang melakukan ibadah

Dr Jacky Judas, pengurus dan penasihat saintifik biodiversiti daratan di World Wildlife Fund (WWF) berkata, ini merupakan kali pertama dia menyaksikan fenomena sedemikian.

“Ini mungkin disebabkan satu kumpulan besar yang berjaya melepaskan diri dari satu kawasan tertutup, atau mungkin terdapat keadaan tertentu yang menyebabkan ia membiak dengan banyak,” kata Judas.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan memaklumkan mereka sudah melantik satu pasukan pembersihan khas untuk menangani masalah berkenaan lapor Astro AWANI.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");