Jenayah

Penganggur Didakwa Bunuh Dua Beradik

YAN: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah di Yan, minggu lalu.

Tertuduh, Amir Ariffin, 49 yang berbaju jingga berserta seluar panjang hitam mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan bagi pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan tertuduh direkodkan bagi pertuduhan membunuh selepas dia hanya mengangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa membunuh Nurul Hanim Idris, 5, dan Muhammad Hafiz Idris, 2, di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kuala Sungai, antara jam 11 malam hingga 12 tengah malam pada 8 Januari lalu.

Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Manakala bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa dengan melakukan kecederaan parah kepada Soberi Saad, 52, dengan menggunakan sebilah pedang pada masa, alamat dan tarikh sama seperti pertuduhan pertama dan kedua.

Maka, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika bersabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta dikenakan denda atau sebat.

Nurul Rasyidah kemudian menetapkan 18 Mac hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh turut dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Waheda Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian 8 Januari lalu, Nurul Hanim ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan dan adiknya, Muhammad Hafiz, dikelar pada leher oleh seorang lelaki yang mengamuk di kampung berkenaan memetik laporan Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");