Jenayah

Penjara Dua Bulan Kerana Berbogel

KULIM: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas penjual kotak selepas dia didapati bersalah berkelakuan lucah di tempat awam, Disember lalu.

Memetik laporan BH Online, Majistret R Manomani menjatuhkan hukuman itu terhadap Chong Yee Chun, 56, selepas dia membuat pengakuan bersalah sebaik kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa berkelakuan lucah di tempat awam dengan berbogel di luar rumah jirannya di Taman Selasih, di sini, pada jam 1 tengah hari, 31 Disember lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Alif Farhan Hassan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");