Perak Hari Ini

Perak Akan Umum Dasar Perumahan Baharu

IPOH:Kerajaan Negeri Perak akan mengumumkan dasar perumahan baharu yang akan memastikan semua rumah dibina kelak mampu dimiliki oleh warga Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan,Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam Dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong berkata dasar yang telah diluluskan itu digubal setelah mengambil kira kesukaran dihadapi penduduk negeri ini terutama golongan pertengahan yang hanya berpendapatan sekitar RM3,600 sahaja.

“Pihak Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan harga rumah di Perak mampu milik kerana situasi kini pendapatan tidak dapat mengejar harga rumah yang semakin meningkat dan pendapatan bagi pertengahan hanya sekitar RM3,600 pastinya mereka tidak mampu memiliki rumah yang berharga RM300,000 jika tolak perbelanjaan harian pastinya tidak layak membuat pinjaman dengan pihak bank.

“Kerajaan sedar akan masalah ini dan cuba menyelesaikannya jadi pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak akan sentiasa kerjasama mengubal dasar perumahan yang akan umum dalam tempoh terdekat,” katanya kepada media selepas merasmikan Pelancaran Projek Perumahan Sehati Residence Tambun di Casuarina@Meru hari ini.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri memahami isu pendapatan bagi satu isi keluarga yang masih terhad hingga menyukarkan mereka memiliki rumah sendiri.

“Dasar baru ini kita akan kurangkan pembayaran tertentu melibatkan pihak pemaju supaya mereka boleh mengurangkan harga rumah dan juga masalah dihadapi pembinaan dan bayaran penyelengaraan pangsapuri dan rumah pangsa yang selalu tertunggak,” katanya.

Katanya lagi pemaju bagi pangsapuri kos sederhana rendah sering berhadapan dengan masalah mengumpul bayaran bagi penyelenggaraan hingga mengakibatkan operasi tidak berfungsi dengan baik.

“Jika mereka tidak dapat menyelenggara mereka akan serah kepada pihak LPHP jadi kita perlu gubal dasar baru supaya masalah ini tidak timbul,” katanya.

Katanya lagi, segala polisi yang tidak sempurna akan digubal semula dan diperbaiki agar harga rumah dapat diturunkan sekaligus masalah berkaitan perumahan dapat diselesaikan.

“Dasar perumahan ini melibatkan projek perumahan yang akan dibina dan projek yang bermasalah, bagi tahun ini semua projek perumahan perlu berdaftar dengan LPHP supaya semua pemaju boleh mengikut dasar perumahan yang telah diluluskan,” katanya.

Terdahulu pelancaran Projek Perumahan Sehati Residence Tambun dilancarkan hari ini melibatkan pembinaan dua blok pangsapuri menempatkan sebanyak 300 unit kediaman yang akan dijual dengan anggaran RM250,000 hingga RM280,000 bagi pembeli terawal.

Projek kerjasama anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) MajuPerak Holdings Berhad bersama syarikat CCP Builders Sdn.Bhd ini melibatkan tapak seluas 4.23 ekar dan berhampiran dengan bandaraya serta taman tema.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");