Perak Hari Ini

Perak Bakal Melancarkan Penerbangan Terus Ke Guangzhou

IPOH- Buat julung kalinya, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bakal melancarkan penerbangan terus dari Ipoh ke Gongzhou, China.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tan Kar Hing berkata, pelancaran tersebut bakal dilakasanakan pada suku pertama tahun ini iaitu pada bulan Mac 2019.

“Kita telah bersedia dan akan melancarkan penerbangan pertama dari Ipoh ke Gongzhuo dan Gongzhuo ke Ipoh.

“Pada masa ini, kita sedang berada di fasa terakhir dimana deligasi dari Malaysia baru sahaja berkunjung ke China untuk mengenalpasti kesemua bahagian teknikal dari China sendiri yang bakal selesai,” katanya dalam satu sidang media semasa Program Mempromosikan Perak Melalui Video.

Menurut Kar Hing, keterlibatan antara kerajaan negeri, pihak LTSAS serta syarikat penerbangan telahpun bersedia dari segala aspek termasuk bahagian teknikal dan jadual penerbangan.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga mengambil serius dalam membangunkan negeri Perak melalui pasaran China terutamanya di Guangzhuo.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");