Perak Hari Ini

Perak Tetap Bela Nasib Orang Asli

IPOH:Kerajaan Negeri akan terus memastikan kebajikan Masyarakat Orang Asli sentiasa terbela bukan hanya berkisar kepada perihal pewartawaan tanah adat semata.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata di negeri ini Kerajaan sentiasa mencari jalan penyelesaian berhubung penwartawaan tanah sebagai kawasan tanah rayau.

“Saya yakin Negeri Perak tidak akan mengalami masalah yang sama kerana negeri ini kata mengamalkan ‘sustainable logging’ yang mana kita tidak tebang hutan kecuali untuk pembangunan ladang dan sebagainya.

“Kita juga amat mengambil berat kepentingan kaum Orang Asli dan faham kehidupan mereka yang lebih memerlukan kemudahan asas seperti kemudahan eletrik dan bukannya menyusahkan cara hidup mereka dengan menebang balak sesuka hati,” katanya ketika diminta mengulas isu pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor berdekatan Gua Musang baru-baru ini.

Katanya lagi,biarpun masih tidak mewartakan kesemua tanah adat di negeri ini namun sehingga kini sebanyak 13,000 hektar telah diwartakan untuk masyarakat Orang Asli.

“Walaupun kita tidak dapat mewartakan kesemua tanah mereka tetapi pernah anda dengar mereka dihalang memasuki hutan walaupun tidak diwartakan hutan itu,kita tetap benarkan mereka menggunakan hasil hutan,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat segelintir pihak yang cuba menggunakan masyarakat Orang Asli dan memperbesarkan isu tersebut.

“Saya paling rapat dengan Masyarakat Orang Asli, kita ada satu tanggungjawab apabila kita melihat kehidupan mereka begitu kita bantu jika tidak mampu jangan jadi kerajaan.

“Sesetengah pihak gunakan isu ini dan mempergunakan mereka dan itu adalah tidak betul dan tidak adil, Malaysia baru kita perlu berubah jika mereka ingin kekal di hutan kita mesti beri seberapa banyak kemudahan kepada mereka itu menjadi hasrat Negeri Perak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");