Sukan Hari Ini
Like

PFA Lepaskan Muhammad Zafuan Serta-Merta

January 22, 2019
371 Views
0 Comments
1 minute read
PFA Lepaskan Muhammad Zafuan Serta-Merta

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengambil keputusan untuk melepaskan pemain skuad Bawah 19 tahun kebangsaan, Muhammad Zafuan Azeman setelah mencapai kata sepakat dengan pemain berkenaan.

PFA dalam satu kenyataan memaklumkan Muhammad Zafuan akan dilepaskan kepada Pulau Pinang dengan serta-merta atas persetujuan bersama kedua-dua pihak tanpa sebarang syarat.

“Langkah ini diambil kerana Muhammad Zafuan memerlukan lebih banyak peluang bermain untuk merealisasikan impian beliau untuk beraksi di luar negara pada masa depan,” jelas PFA memetik sumber Bernama.

Pemain kelahiran Kangar itu sebelum ini dilaporkan menandatangani kontrak dengan PFA pada awal bulan ini, namun netizen mendakwa pemain berkenaan beraksi dengan pasukan Pulau Pinang pada satu aksi persahabatan, baru-baru ini.

Muhammad Zafuan sebelum ini menjalani latihan percubaan selama dua bulan dengan kelab Serie B, Venezia FC selama dua minggu, namun mengambil keputusan kembali ke tanah air kerana kelab Itali berkenaan dikatakan tidak memberi jawapan balas.

Komen & Pendapat

Comments are closed.