Jenayah
Like

Pilu Lihat Mayat Pemandu Terperangkap Dalam SUV Jatuh Jambatan

January 22, 2019
345 Views
0 Comments
51 seconds read
no-cover

GEORGE TOWN: Kenderaan SUV Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang akhirnya berjaya dinaikkan sekitar jam 5.50 petang tadi.

Kenderaan itu berjaya dinaikkan bersama mangsa, Muey Yun Peng, 20 tahun yang masih berada di tempat duduk penduduk.

Usaha menaikkan kenderaan itu terpaksa mengambil masa lebih 24 jam selepas dijumpai pada tiang 34 Jambatan Pulau Pinang kira-kira 4 petang Isnin.

Usaha menaikkan kenderaan itu hari ini bermula kira-kira jam 7 pagi tadi lagi dengan sejumlah 41 penyelam daripada empat agensi turun ke dalam laut bagi mengikat kabel kren pada badan kenderaan itu.

Pihak polis dilaporkan berjaya mengeluarkan mangsa pada kira-kira jam 6.36 petang tadi lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat

Comments are closed.