Jenayah

Polis Hentikan Siasatan Kes Anjing Mati Diracun

PORT DICKSON – Polis telah menghentikan siasatan kes beberapa ekor anjing yang ditemukan mati dipercayai akibat diracun di Taman Lavender Heights, Seremban awal bulan ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis menghentikan siasatan atas arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Kami telah rujuk kes ini kepada pegawai pendakwaan negeri dan kes itu diarahkan disiasat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Polis hentikan siasatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan sambung siasat kes itu berdasarkan akta di bawah penguatkuasaan jabatan itu,” katanya, sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sepetang Bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Negeri Sembilan dan Perkep Port Dickson di sini pada Jumaat.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop dan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed.

Noor Azam berkata, polis telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk Taman Lavender Heights baru-baru ini dan berharap isu itu tidak berpanjangan.

Baru-baru ini seorang penduduk berusia 50 tahun membuat laporan polis selepas tiga ekor anjing termasuk seekor miliknya ditemukan mati dipercayai akibat diracun di Taman Lavender Heights.

Kejadian itu tular dalam media sosial selepas wujud dakwaan anjing itu diracun oleh pihak yang marah kerana anjing kerap masuk dan mengotorkan Masjid Ibnu Khaldun Lavender Heights.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");