Berita Hari Ini

Pondan Antara 35 Yang Dicekup

LELAKI warga Thailand berperwatakan wanita antara 35 individu ditahan dalam Ops Noda dijalankan Polis Johor di tiga premis hiburan di Johor Bahru, hari ini.

Dalam serbuan 1 pagi itu, kesemua yang ditahan berusia antara 23 hingga 31 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, mereka yang ditahan terdiri empat lelaki tempatan, 13 wanita warga Thailand, enam wanita warga Vietnam, sembilan lelaki warga Indonesia dan tiga lelaki warga Myanmar.

“Pada masa sama, kita turut menahan seorang ‘pondan’ warga Thailand,” katanya.

Beliau berkata, beberapa peralatan seperti komputer riba, mikrofon tanpa wayar, amplifier, mikrofon, resit perniagaan dan wang tunai turut dirampas.

“Pelbagai kesalahan disabitkan ke atas semua suspek dan polis tidak akan berkompromi dalam apa jua bentuk maksiat yang mencemarkan negeri ini,” katanya.-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");