Berita Hari Ini

Pondok Kaunter Bayaran Parkir MBMB Terbakar

MELAKA – Sebuah pondok kaunter pembayaran parkir yang baharu dibina dan diswastakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Taman Nirwana, Jalan Klebang Besar di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Pegawai Bomba Kanan II, Zaidi Kadiron berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.02 pagi dan seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 1.12 pagi dan mendapati benar terdapat kebakaran melibatkan pondok parkir yang telah diswastakan oleh MBMB.

“Pondok berkenaan telah terbakar dengan anggaran 80 peratus dan pasukan kami mengambil masa kurang dari 15 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pondok terbabit sebelum dibakar
Musnah akibat dibakar

Mengulas lanjut, Zaidi berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kebakaran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada pemilik syarikat berhubung kejadian di parkir berkenaan.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan daripada pihak bomba untuk siasatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");