Jenayah

Profesor Letak Jawatan Gara-Gara Paksa Penuntut Guna Bahasa Inggeris

CAROLINA UTARA : Seorang profesor di Universiti Duke terpaksa melepaskan jawatannya sebagai ketua sebuah program selepas dikesan mengarahkan penuntut untuk hanya bertutur di dalam bahasa Inggeris ketika berada di bangunan fakulti, kata universiti berkenaan semalam.

Pembantu profesor Biostatistik di universiti di Carolina Utara, Megan Neely menghantar emel kepada semua penuntut Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa beliau menerima aduan daripada dua anggota fakulti mengenai dua penuntut yang berbual di dalam bahasa Cina dengan begitu kuat di premis itu.

“Saya menggalakkan anda untuk menggunakan bahasa Inggeris 100 peratus ketika berada di Hock atau bangunan lain,” kata Neely dalam emel itu.

Emel beliau kemudian disebar meluas di media sosial.

Neely melepaskan jawatan sebagai Pengarah Program Sarjana Biostatistik tetapi meneruskan tugas mengajar di fakulti, kata Universiti Duke dalam satu kenyataan.

Dekan Sekolah Perubatan Universiti Duke, Mary Klotman memohon maaf kepada semua penuntut susulan emel dihantar Neely dan berkata jabatan terbabit akan mengkaji semula program biostatistik itu.

“Tiada sebarang larangan atau had untuk berbual menggunakan bahasa yang anda gunakan dalam kehidupan seharian,” kata Klotman menerusi surat permohonan maaf itu Sabtu lalu.

Dalam emel terbabit, Neely berkata dua anggota fakulti mahu mengenal pasti dua penuntut yang dikesan bertutur dalam bahasa Cina supaya boleh dijadikan panduan ketika sesi temuramah bagi sesi latihan atau sebarang projek sarjana.

“Mereka kecewa kerana penuntut tidak mengambil kesempatan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masing-masing dan bersikap tidak sopan dengan menggunakan bahasa yang tidak difahami orang lain,” kata Neely dalam emel berkenaan. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");