Perak Hari Ini

Promosi Negeri Perak Melalui Video Pendek

IPOH- Badan swasta dengan kerjasama kerajaan negeri akan mempromosikan negeri Perak kepada pasaran di Guangzhuo, China melalui video.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tan Kar Hing berkata, 40 video penggambaran mempromosikan Perak ini selari dengan hala tuju kerajaan negeri bagi tahun ini untuk membangunkan eko pelancongan negeri Perak.

 

“Kita akan melibatkan selebriti media sosial dalam penghasilan video terbabit dimana mereka bakal menjadi pengacara bagi video pengambaran tersebut.

“Kita melihat tren yang terdapat begitu banyak di media sosial yang menggunakan gambar-gambar bagi mempromosikan sesuatu perkara malah dilihat lebih menarik perhatian masyarakat dan tren promosi melalui video seperti ini lebih menarik minat berbanding dengan penghasilakan video korporat,” katanya dalam satu sidang media semasa Program Mempromosikan Perak Melalui Video.

Selain itu, Kar Hing berkata, hubungan antara Malaysia dengan pihak Guangzhuo ini adalah selari dengan hala tuju kerajaan negeri bagi tahun ini untuk membangunkan negeri Perak di pasaran china terutamanya di Guangzhuo.

“Pada masa yang sama, kita juga akan membangunkan satu komuniti yang dinamakan Komuniti Penulisan Kandungan kerana amat penting dalam menghasilkan video, majalah dan sebagainya.

“Melalui video ini, kita akan mengangkat kisah seseorang contohnya kisah seorang tua yang menghasilkan labu sayung untuk mencari rezeki dari dahulu sehingga kini,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Weil Hotel, Liew Yu-Wei, Ketua Pegawai Eksekutif DEM, Christopher Chong serta Pengurus Besar Lost Word of Tambun, Nurul Nuraizi.

Menurut beliau, video yang bakal dihasilkan tidak akan melebihi lima minit, iaitu diantara tiga ke empat minit sudah memadai.

Jelas beliau lagi, penghasilan video tersebut masih dalam fasa merangka dan pengenalpastian jalan cerita dimana 20 video akan dipertonton pada fasa pertama tahun ini selari dengan pelancaran penerbangan ke Guangzhuo.

“Kita juga telah membuat perkiraan dimana promosi ini bukan sahaja dari segi media sosial malah turut menggunakan aplikasi Whatsapp ataupun segala jenis cara,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi satu kajian yang dijalankan mengenai enjin mencari di China yang secara teknikalnya rakyat di China tidak menggunakan ruang carian yang sama dengan rakyat di Malaysia malahan mempunyai enjin carian tersendiri.

“Saya agak terkejut kerana ketika membuat carian Ipoh atau Perak, carian tersebut amat tidak menggalakkan.

“Jadi, kita perlu mempelbagaikan penulisan kandungan serta memperbanyakkan video supaya nama Ipoh, Perak boleh muncul di enjin carian yang digunakan oleh warga China.

Katanya lagi, jika kita ingin pelancong China banyak berbelanja di bandaraya ini, kita perlu ada cara pembayaran yang jelas seperti di Kuala Lumpur serta Penang dimana mereka telah mula menjalankan aktiviti perniagaan secara ‘cashless’, namun katanya lagi hal ini tidak begitu mudah untuk dilaksanakan tanpa penglibatan semua pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");