Sukan Hari Ini

Rakan Sepasukan Berhijrah, Ucapan Luis Suarez Penuh Emosi

UCAPAN penuh emosi daripada LUIZ Suarez buat rakan sepasukan Barcelona, Denis Suarez susulan peminjaman pemain tengah itu ke Arsenal.

Denis Suarez mengucapkan selamat tinggal di bilik persalinan Barcelona pada Selasa.

Luis Suarez yang juga penyerang Uruguay itu memuat naik ucapan ‘good luck’ di ‘Instagram story’ dengan keterangan ‘Good luck little Galician in this new challenge’ (Semoga bertuah Galician dalam cabaran baharu ini), berserta gambar mereka berpelukan.

Denis Suarez, 25, bersedia untuk bersatu semula dengan Unai Emery, bekas pengurusnya di Sevilla, selepas bayaran pinjaman sebanyak £1.8 juta telah dipersetujui dengan pilihan £20 juta untuk langkahnya pada musim panas.

Dia terlepas sesi latihan Barcelona pada Selasa dan meninggalkan skuad itu bagi suku akhir Copa del Rey Rabu, perlawanan kedua menentang Sevilla.

Dengan jendela perpindahan Januari ditutup pada malam Khamis, pinjaman itu dijangka segera dimuktamadkan. – Daily Mail UK/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");