Berita Hari Ini

RM23 Juta Pampasan Dibayar Kepada Bekas Kakitangan SPAD

PUTRAJAYA: Kerajaan sudah membayar RM23 juta dalam bentuk pampasan kepada seramai 961 bekas pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 31 Disember lalu.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada sidang media hari ini.

Siew Fook berkata, setiap bekas kakitangan SPAD menerima sekurang-kurangnya minimum pampasan tiga bulan gaji asas dengan pampasan tertinggi dibayar sebanyak RM260,000.

Beliau berkata, kementerian juga memberi jaminan semua bekas kakitangan SPAD ditawarkan pekerjaan semula sama ada dalam Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memetik laporan Berita harian.

“Saya terguris hati dengan tuduhan segelintir bekas kakitangan SPAD yang menuduh kami tidak tunaikan janji. Ini tuduhan tidak tepat kerana saya dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Sharipuddin Kasim bekerja keras memastikan nasib mereka terbela.

“Mereka mengadu kami tidak tunaikan tanggungjawab. Ini tuduhan tidak berasas. Memang betul kami bubar SPAD dan ubah kepada APAD tapi kami serap semula mereka sama ada ke dalam APAD, JPJ dan GLC,” katanya.

Katanya, lebih 300 orang diserapkan ke dalam APAD, 300 orang lagi kepada bahagian penguat kuasa JPJ dan selebihnya akan diserapkan dalam GLC yang berkaitan.

Menurutnya, lebih 700 bekas kakitangan SPAD sudah berjaya diserap ke dalam APAD dan JPJ, manakala selebihnya akan diserapkan sehingga akhir Januari ini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");