Perak Hari Ini

Sambutan Red Festival@TT5 Di Tanjung Tualang Hingga 29 Februari Ini

TANJUNG TUALANG:Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) melalui anak syarikatnya Amanjaya TT5 telah melancarkan Red Festival @TT5 bermula pada 28 Januari 29 Februari 2019.

Pengarah Projek Azian Mohd Arif berkata program selama sebulan itu bertujuan memupuk persefahaman, menghayati budaya dan memperkasakan industri pelancongan berasaskan komuniti.

Terdahulu majlis pelancaran program tersebut menyaksikan usahasama dan jalinan komuniti iaitu Amanjaya TT5,Perak Chinese Chamber of Commerce and Industry, Lions Clubs Batu Gajah dan Lions Club Pusing Mandarin bertempat di Octagon Cultural Walk.

“Turut menyumbang bagi Program Red Festival@TT5 antaranya Forest Colour, Symphony Suites Hotel dan Persatuan Pengusaha PelanconganBumiputra Perak (PPPBP).

“Selain itu kerjasama strategik Amanjaya TT5 adalah Majlis Daerah Batu Gajah, Geopark Lembah Kinta, Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), Perak Society of Performing Arts (PSPA) selain universiti berhampiran iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM),” katanya.

Katanya antara program menarik sepanjang Red Festival@TT5 berlangsung adalah pertandingan meneka 10 imej yang menggambarkan destinasi atau produk pelancongan,warisan dan budaya Negeri Perak melalui sebuah lukisan yang dikenali sebagai “naïve art”,penyertaan foto pakaian qipao atau cheongsam ke laman facebook “tanjungtualangno5”,bazar makanan,pelbagai kuiz mingguan dan persembahan.

“Pengunjung TT5 boleh merasai pengalaman melawat keatas kapal korek (guide tour) bersama pemandu pelancong TT5 dengan memilih lawatan dalam Bahasa Malaysia,Inggeris dan Mandarin dengan bayaran serendah RM5.

“Pengunjung akan diberikan taklimat keselamatan dan dikehendaki memakai topi keselamatan disamping menguji kemahiran
mendulang bijih timah,melawat galeri dan meninjau kiosk minuman yang dikenali sebagai “The Can Tin Diner” yang suatu masa dahulunya merupakan sebuah gerabak keretapi lama.

“Aktiviti-aktiviti lain yang pernah diadakan di TT5 adalah latihan “We are The Host”,kursus ikatan sampin Perak dan tengkolok, “International Reggae Festival 2016”, tayangan wayang pacak filem J-Revolusi, aktiviti memancing dan BBQ, perkemahan badan beruniform, pameran barangan antik, “Tin Trail Treasure Hunt”, Trail Run 2018, “Oktober Labu Fest @TT5”, penggambaran filem, kelas memasak pasta, aktiviti riadah seperti zumba / ATV /menunggang kuda / memanah tradisional / sumpitan Masyarakat Orang Asal, lawatan sambil belajar penggiat industri pelancongan, institusi pendidikan, badan bukan Kerajaan
(NGO) dan agensi teknikal.

Sebarang maklumat lanjut, pengunjung boleh melawati akaun Facebook dan Instagram: tanjungtulangno5 atau hubungi +6014-904 3255.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");