Berita Hari Ini

Sarawak Kuat Kuasa Larangan Merokok 1 Mac

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan, termasuk restoran bermula 1 Mac ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, berkata ia menggunakan pendekatan sama ditetapkan Kementerian Kesihatan iaitu perokok dibenarkan merokok dalam jarak tiga meter dari restoran.

Katanya, pihaknya menerusi pihak berkuasa tempatan juga akan mengeluarkan surat kebenaran kepada operator berlesen bagi menyediakan lokasi merokok dalam jarak tiga meter dari restoran.

“Kerajaan Sarawak juga bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang tindakan kompaun kepada perokok dalam tempoh enam bulan kerana ia dianggap tempoh untuk mendidik mereka mematuhi undang-undang baru itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Kerajaan Pusat sebelum ini mengumumkan larangan merokok di restoran seluruh negara bermula 1 Januari lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");