Sukan Hari Ini

Saya Sokong Putrajaya Larang Atlet Israel, Kata Khairy

PETALING JAYA: Bekas menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin menyokong pendirian tegas Putrajaya melarang atlet Israel memasuki negara ini.

“Hari ini, kerajaan mengambil pendirian berprinsip moral dalam isu ini,” katanya ketika merasmikan Forum Komunikasi Dunia di Mont Kiara, hari ini.

Dua minggu lalu, Putrajaya melarang pasukan renang Israel memasuki Malaysia untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak mulai 29 Julai hingga 4 Ogos nanti.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, Malaysia melaksanakan larangan menyeluruh ke atas semua warga Israel menyertai acara anjuran negara ini.

Khairy berkata demikian dalam sesi soal jawab susulan pertanyaan seorang peserta mengenai cara kerajaan boleh mencapai situasi menang-menang dalam isu membabitkan Israel.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, sukar untuk mencapai situasi menang-menang dan kerajaan terdahulu turut mengambil pendirian sama terhadap Israel.

“Kami tidak sokong apa yang rakyat Israel lakukan dan menentangnya.

“Ketika saya menjadi menteri, kami kata boleh beri mereka visa, tetapi ada syarat. Rakyat Israel tidak boleh menunjukkan bendera mereka di mana-mana atau menyatakan apa saja mengenai Israel, termasuk meletakkan bendera mereka di meja ketika prosiding atau upacara perasmian.”

Tahun lalu, Malaysia melepaskan hak penganjuran Kongres Fifa 2017 kerana enggan mengeluarkan visa kepada perwakilan Israel.

Malaysia tidak dapat memberikan visa kepada pegawai Israel kerana tiada hubungan diplomatik dengan negara itu dan isu ini boleh mencetuskan sensitiviti tempatan.

Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengulangi pendirian Malaysia terhadap atlet Israel dalam ucapannya kepada Oxford Union Society di London, Sabtu minggu lalu.

Perdana menteri yang menolak dakwaan anti-Yahudi berkata, beliau berhak bersuara menentang dasar Israel, sama seperti pengkritiknya mempunyai hak untuk melabelkannya anti-Yahudi.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon menyelar larangan itu dengan dengan menuduh Dr Mahathir “pelampau anti-Yahudi”.

Tetapi, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata, Israel ialah hipokrit terbesar yang tidak dapat dinafikan dalam mengutuk Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");