“Tiada guna masuk dan men­jawat jawatan tinggi tetapi melupakan asal perjua­ngan yang menyebabkan saya menyertai dunia politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ke­­tika ditemui selepas mela­ku­kan pemeriksaan Stadium Hoki Nasional di Bukit Jalil yang mengalami kerosakan padang dekat sini hari ini.

Syed Saddiq seterusnya menjelaskan bahawa tiga pucuk kepemimpinan paling atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah pun menyatakan pendirian menyokong ketegasan Armada itu.

“Yang bagusnya, sudah ada kenyataan agak tegas daripada ketiga-tiga kepimpinan ter­tinggi parti.

“Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam dan pagi tadi, perbincangan bersama Tan Sri Muh­yiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bersetuju dengan pandangan Armada,” jelas Syed Saddiq.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan, mesej perbualan dalam media sosial antara ketua-ketua bahagian Bersatu menunjukkan mereka geram dengan kelantangan Menteri Belia dan Sukan itu.

Ketua-ketua bahagian ini dikatakan tidak senang dengan ketegasan Syed Saddiq yang menyelar tindakan perwakilan menjadikan isu pemberian kontrak dan jawatan sebagai tajuk perbahasan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-2, baru-baru ini memetik laporan Utusan Online.