Panasnya Hari Ini

‘Selagi Ada Hayat, Saya Akan Betulkan Negara’ – Tun M

JELAI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar rakyat sayangkan negara dan menolak kepimpinan kleptokrat.

“Selagi ada hayat, saya akan cuba betulkan negara. Bukan kerana duit tapi kerana sayangkan negara. Ini negara kita, membesar di sini, berkahwin di sini dan dapat anak di sini.

“Tak sayangkah kita pada negara sendiri? Sebab itu kita ingin lihat negara kita ditadbir orang yang bukan pencuri tetapi orang yang baik seperti (bekas-bekas Perdana Menteri) Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn,” katanya, sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan turut mempertahankan keputusan Malaysia untuk tidak membenarkan atlet renang paralimpik Israel memasuki negara.

Jelas Dr Mahathir, Malaysia tidak akan mengiktiraf atau tunduk kepada “penyangak”, sama seperti rakyat Malaysia pada 9 Mei lalu yang menolak pentadbiran Barisan Nasional di bawah kepimpinam bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Masa Najib dulu, orang Israel nak hantar wakil, dia terima. Tapi kita tak benarkan orang Israel ambil bahagian dalam acara renang di sini.

“Tak pernah dalam dunia kita boleh buat bangunan di negara orang lain dan terus duduk di situ,” kata Dr Mahathir dalam ucapan semasa turun berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands di Sungai Koyan 1 pada Jumaat.

Pada Februari tahun lalu, Malaysia sebagai tuan rumah World Urban Forum (WUF) di ibu kota menerima enam orang delegasi dari Israel dimana Najib dikutuk Pakatan Harapan yang ketika itu merupakan pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");