Perak Hari Ini

Selamat Datang 2019!

IPOH:Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam sekali gus menandakan bermulanya tahun baharu 2019.

Di Perak, lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim bagi memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baharu kali ini.

Terdahulu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tan Kar Hing dalam satu kenyataan baru-baru ini menyifatkan pemilihan sambutan ambang tahun baru peringkat negeri di luar daripada Ipoh adalah bagi mencari kelainan berbanding dengan pengajuran sebelum ini yang kerap sinonim dengan pemilihan lokasi di bandaraya.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis tempatan seperti Irfan Haris dan Ernie Zakri pada program anjuran oleh Tourism Perak.

Manakala di Ipoh sendiri biarpun hujan sejak petang tadi lokasi Bulatan di Meru Raya sememangnya tetap meriah dan menjadi tumpuan orang ramai sempena penganjuran Karnival mega santai anak Perak sejak 28 Disember lalu.

Orang ramai mula membanjiri kawasan-kawasan berkenaan seawal 8 malam dan memanfaatkan masa terluang dengan pelbagai akitiviti berfaedah.

Kelihatan warga kota mengunakan detik terakhir tahun 2018 dan kemunculan tahun 2019 dengan bersantai bersama keluarga dan sahabat.

Turut menjadi tumpuan warga bandar raya Ipoh adalah taman tema Lost World of Tambun yang dibanjiri ribuan pengujung manakala turut menjadi tumpuan di Dataran Menara Condong Teluk Intan, orang ramai pastinya tidak melepaskan peluang bergambar dengan ikon bandar tersebut yang diterangi hiasan lampu-lampu menarik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");