Berita Hari Ini

Selepas 30 tahun, Hotel UiTM di Shah Alam Akan Ditutup?

PETALING JAYA: Sebuah hotel latihan dan pusat konvensyen yang digunakan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk pelajar perhotelan and industri hospitalitinya mungkin ditutup selepas 30 tahun beroperasi.

FMT difahamkan, bangunan 5 tingkat hotel berkenaan akan dijadikan tempat penginapan pelajar selama 3 tahun bermula Mac 2019.

Menurut surat pekeliling daripada UiTM Holdings Sdn Bhd, syarikat itu telah menamatkan perkhidmatan anak syarikatnya, Intekma yang mengurus Resort dan Pusat Konvensyen Intekma di Shah Alam.

Surat bertarikh 10 Jan 2019 juga memaklumkan skim penamatan pekerjaan (SSS) kepada kakitangan UiTM Hospitality Management Services Sdn Bhd (UHMSSB).

Surat itu juga menyebut, UiTM Holdings bertujuan menutup sepenuhnya hotel 3-bintang itu, yang merupakan lokasi popular untuk mengadakan majlis perkahwinan Melayu selama ini, pada penghujung Mac depan.

Ia juga tidak akan menerima tempahan baru untuk bilik dan acara.

“Keputusan menamatkan perkhidmatan dan operasi perhotelan Intekma ini bukanlah satu keputusan yang mudah bagi pihak pengurusan,” kata surat tersebut.

“Pelbagai perbincangan dan rundingan telah dijalankan bersama lembaga pengarah dan pihak berkepentingan bagi mencapai kata sepakat berkenaan hal ini.”

FMT telah menghubungi UiTM Holdings, tetapi belum mendapat apa-apa respons.

Surat tersebut seterusnya berkata, Intekma berhadapan masalah pengurusan dan kewangan sepanjang 4 tahun terakhir ini.

Ia berkata, industri perhotelan dan hospitaliti kini berdepan tempoh yang mencabar, terutama di kawasan Shah Alam.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");