Jenayah

Sembunyi Belakang Langsir Selepas Curi Tabung Masjid

KULAI: Taktik seorang remaja bersembunyi di belakang langsir masjid selepas mencuri tabung rumah ibadat itu, tidak menjadi apabila dia ditemui dan ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Menurut laporan BH Online, dalam kejadian jam 9.30 pagi pada Khamis, suspek lelaki berusia 15 tahun itu dilihat masuk ke masjid di sebuah rumah pangsa di sini, dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata seorang lelaki dimaklumkan oleh jirannya yang ternampak kelibat suspek yang memasuki ruang masjid itu sebelum pemeriksaan dijalankan.

“Pengadu dan jirannya membuat pemeriksaan dan mendapati tabung masjid dalam keadaan terbalik dan wang tunai berselerak.

“Selepas memeriksa, pengadu menemui suspek bersembunyi di belakang langsir sebelum dia menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beng Yeow berkata, selepas mendapat maklumat, pihaknya ke masjid berkenaan jam 9.45 pagi dan menahan semula suspek.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri wang tabung masjid dan polis turut merampas satu beg sandang mengandungi wang tunai berjumlah RM16,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sementara mendapatkan perintah reman.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");