Panasnya Hari Ini

Sepanduk ‘Tolak Ikmal’ Dipasang Sekitar Tanah Merah

Beberapa sepanduk yang rata-rata membawa maksud menolak kemasukan anggota parlimen (MP) Tanah Merah, Ikmal Hisham Abd Aziz ke dalam parti Pakatan Harapan (PH) dipasang di sekitar bandar Tanah Merah, Kelantan, hari ini.

Ia susulan tindakan Ikmal Hisham yang keluar daripada Umno, baru-baru ini.

Pada sepanduk berkenaan antaranya tertulis:

“Kami penyokong PH Tanah Merah tidak rela Ikmal masuk PH.”

“YB Dato’ Ikmal korup dan kami rakyat Tanah Merah tok sir (tak nak) Ikmal masuk PH.”

Difahamkan perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati apabila beliau meninggalkan Umno pada 14 Disember lalu dan dijangka akan menyertai parti dalam PH.

Tak puas hati bersama parti lain

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada perbuatan memasang sepanduk itu dilakukan oleh penyokong PH sendiri atau pihak lain.

Sementara itu Ikmal Hisham ketika dihubungi berkata, beliau kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggantung sepanduk di beberapa kawasan di bandar ini berhubung kedudukan beliau yang tidak harus diterima dalam PH.

Menurutnya, perbuatan itu sengaja dicetuskan oleh pihak berkenaan yang tidak mahu beliau bersama PH.

“Saya amat kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang seolah-olah tidak berpuas hati jika saya bersama parti itu.

“Setakat ini saya masih belum buat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik selepas keluar Umno,” katanya yang kini anggota parlimen bebas.

Sementara itu, Ketua PH Tanah Merah, Bahari Mohd Nor berkata, perbuatan itu mungkin disebabkan rasa tidak berpuas hati terhadap Ikmal.

“PH melalui zaman pembangkang yang berhadapan dengan BN sebelum ini dan kesan daripada itu bukan boleh dilupa dengan mudah,” katanya yang juga ketua Bersatu Tanah Merah ketika ditanya sekiranya Ikmal Hisham berminat menyertai parti itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");