Perak Hari Ini

Serah Kepada Mahkamah Kes Penangkapan Bekas CEO- MB Perak

IPOH- Kerajaan negeri menyerahkan kepada mahkamah diatas kes penangkapan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat milik Kerajaan Perak.

Terdahulu, seorang bekas CEO bergelar Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah pembayaran pembinaan rumah banglo miliknya dianggarkan bernilai lebih RM450,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, biarlah pihak SPRM menjalankan tugas terlebih dahulu dan semua rakyat diminta bertenang berhubung kes berkenaan.

“Penahanan tersebut adalah untuk menjalankan siasatan dan jika terdapat bukti yang diyakini dimana terdapat salah laku, maka beliau akan didakwa.

“Dalam pendakwaan ini tertuduh boleh membela diri dan biarlah mahkamah membuat keputusan sama ada beliau bersalah atau tidak kerana perkara ini diluar kawalan kita dan saya harap ia dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri program temu bual di Perak FM, bersama-sama pemain e-sukan FIFA 18, Azroy Adyana Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Nia Adyana di sini hari ini.

 

Sehubungan itu Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memantau semua syarikat milik kerajaan (GLC) dan serta perbadanan di bawah kerajaan untuk memastikan mereka menjalankan tangungjawab mengikut ketetatap.

“GLC dipertanggungjawabkan untuk memajukan ekonomi negeri dan memudahkan rakyat bukannya untuk menjalankan perniagaan atas keuntungan syarikat sahaja, malahan untuk merancakkan ekonomi negeri supaya rakyat mendapat hasil daripadanya.

“Lebih-lebih lagi bukan untuk memberi keuntungan kepada mana-mana penjawat awam yang berada di sana,”katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengulas mengenai penyiasatan mana-mana pegawai kerajaan berkenaan isu yang berkaitan.

“Saya percaya adanya aduan tetapi tidak diumumkan dan biarlah pihak SPRM menjalankan tugas mereka tanpa ada gangguan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");