Sukan Hari Ini
Like

Sterling Tidak Gentar Hadapi Liverpool

January 1, 2019
30 Views
0 Comments
1 minute read
Sterling Tidak Gentar Hadapi Liverpool

PENYERANG Manchester City, Raheem Sterling, berkeyakinan pasukannya mempunyai peluang cerah dalam meraih kemenangan penting berdepan Liverpool andai mereka dapat mempamerkan persembahan sebenar.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu memerlukan kemenangan di Stadium Etihad, Khamis ini, untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Di sebalik dua kekalahan dalam tiga perlawanan liga terakhir mereka, Sterling yakin City mampu menumbangkan bekas majikannya itu.

“Jika kami mampu beraksi seperti yang kami mahukan, kami dapat menewaskan sesiapa sahaja.

“Ia pasti perlawanan yang hebat dan kami tidak sabar untuk melaluinya,” katanya, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

City ketinggalan dalam perebutan kejuaraan liga selepas mereka tewas kepada Crystal Palace dan Leicester City.

Bagaimanapun, mereka bangkit untuk menewaskan Southampton 3-1, kelmarin.

Sterling menjelaskan kepentingan kemenangan itu kepada pasukannya dengan berkata: “Ia kebangkitan besar yang kami perlukan.

“Kami melaui dua perlawanan yang buruk sebelum itu.

“kami memerlukan kemenangan untuk memburu kejuaraan dan ia berjaya.

“Dua keputusan terdahulu amat sukar untuk diterima, namun kami berjaya bangkit dengan hebat.

“Saya berasakan kami perlu membayar kegagalan itu dengan memaparkan aksi yang sepatutnya kami berikan nanti,” tambahnya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.