Perak Hari Ini

Strategi Pemilihan Calon PRK Itu Penting-MB Perak

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan strategi bagi meletakkan calon yang sesuai dalam pilihan Raya Kecil (PKR) adalah satu elemen yang penting .

Beliau yang merangkap Pengerusi Bersatu Perak berkata Pakatan Harapan (PH) akan tetap meneruskan tugas hakiki seperti biasa malah kejayaan pihak pembangkang semalam merupakan gambaran penting dalam memastikan lebih ramai keluar untuk mengundi kelak.

“Saya fikir pengundi tidak merasakan kepentingan utnuk keluarga mengundi diwaktu PRK hingga mengakibatkan peratusan keluar mengundi begitu rendah dan mengakibatkan kekalahan bagi calon PH.

“Namun saya secara peribadi berpandangan strategi meletakkan calon adalah amat penting bagi memastikan satu kemenangan di zaman sekarang saya fikir individu atau calon itu penting selain parti mana yang diwakili tetapi individu itu juga memainkan peranan yang penting,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas calonnya, Ramli Md Nor diumum menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini semalam.

Sementara itu beliau terdahulu turut serta bersama sekitar 5,000 pengunjung beriadah santai pada majlis Program Ipoh Car Free Day anjuran anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Gabungan-Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Perak.

“Car Free Day ini adalah satu usaha baik kerjasama NGO dengan pihak kerajaan hari ini sahaja lebih daripada 5,000 orang hadir terdiri daripada kanak-kanak sekolah dan warga emas,” katanya.

Program sebegini disifatkannya satu usaha membawa kempen dan mesej yang baik kepada orang awam agar masyarakat lebih progresif dan prihatin serta mengambil berat tentang alam sekitar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");