Berita Hari Ini

Suami Isteri Hina Agong Digantung Kerja

SEPASANG suami isteri yang melemparkan komen biadap terhadap institusi diraja menerima padah apabila digantung kerja sementara oleh majikan masing-masing.

Menurut kenyataan rasmi di laman Facebook sebuah firma perundingan, PEMANDU Associates memandang serius perkara ini akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sementara itu, seorang pengguna di laman Facebook dikenali sebagai Fitri Azmiza terkilan dan tidak berpuas hati terhadap kenyataan biadap terbabit.

“Kenyataannya berbaur kebencian dan menghasut terhadap keluarga diraja dan sistem monarki di negara ini. Adalah tidak patut dan biadap, maka diharap tindakan tegas diambil,” tegasnya.

Katanya lagi, pekerja itu menjejaskan reputasi firma berkenaan kerana menggajikan pekerja yang tidak beretika.

“Jika layak dibuang harus dilakukan segera. Perkara ini sangat tidak bermoral bagi seorang Melayu yang hidup dalam masyarakat bermonarki sejak sekian lama,” katanya.

Terdahulu, seorang kakitangan Cisco Asean memutuskan untuk memecat seorang pekerjanya kerana menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook, susulan menerima tekanan daripada orang ramai.

Kedua-dua kenyataan menghina tersebut dibuat selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, mengumumkan perletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Ahad lalu.-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");