Perak Hari Ini

Sukarelawan YDKMM Perak Santuni 150 Pelajar

IPOH: Seramai 150 orang pelajar tingkatan empat dan lima mendapat manfaat daripada penganjuran Program Back to School 1.0 2019 anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia Perak pada Ahad.

Pengerusi Utama yayasan, Ahmad Umair Zulkefli berkata program yang julung kali dianjurkan itu melibatkan sukarelawan Youth of Happiness (Yosh) dan sukarelawan YDKMM cawangan Perak selaku penganjur bertempat di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Pahang di sini.

Katanya seramai 35 orang sukarelawan menyertai program ini dan mereka masing-masing adalah alumni yang terdiri daripada 10 buah sekolah yang berbeza dan mereka semua adalah daripada Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) iaitu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara Kampus Jengka (UiTM), Kulliyah Al-Lughah Waddin Sultan Abu Bakar Pekan (STASAB) dan SMK Ahmad.

“Kesemua peserta terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima, telah mengambil bahagian dalam program ini antara lain bertujuan membentuk sahsiah mereka.

“Program ini turut bertujuan bagi membantu pihak sekolah dalam mendidik pelajar dari segi akademik dan kokurikulum,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu katanya pihak Yayasan turut menyasarkan penyertaan seramai 1,000 orang sukarelawan untuk bergiat aktif dalam program tersebut pada tahun ini serta penambahan jumlah sukarelawan pada tahun berikutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");