Membawang Hari Ini

Syed Abdullah, Emma Akui Gambar Tular

SELEPAS pelakon Emma Maembong, 27, mengaku dia adalah wanita tidak bertudung yang bergambar mesra dengan seorang lelaki serta meminta maaf, lelaki terbabit, Syed Abdullah Syed Abd Rahman, 30, pula tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan penularan gambar itu.

Menerusi akaun Instagramnya, Harian Metro melaporkan bahawa Syed Abdullah senada dengan Emma apabila mengakui kesalahannya dan menganggap kecuaiannya sendiri menjadi punca perkara itu berlaku.

“Ini adalah hari yang sukar buat saya dan keluarga. Saya berdepan dengan kecaman berterusan daripada masyarakat berkenaan isu ini.

“Kepada sesiapa yang betul-betul mengenali saya, terima kasih diucapkan kerana menyokong dan tidak berhenti menghantar mesej yang memberi semangat. Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas nasihat anda dan sokongan moral yang saya terima,” katanya yang juga abang kepada orang kenamaan.

Menurutnya, dia mengambil setiap kritikan secara positif dan berjanji untuk memperbaiki dirinya supaya menjadi insan yang lebih baik.

Syed Abdullah turut meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadapnya dan mendakwa bahawa akaun Wechat miliknya digodam sehingga gambar itu tersebar.

“Saya tidak sempurna dan manusia yang pasti akan melakukan kesilapan. Saya minta maaf banyak atas masalah ditimbulkan dan juga terhadap pihak yang terjejas.

“Ini semua salah saya seorang dan jangan kaitkan kesilapan ini dengan keluarga dan rakan. Biar saya berdepan dengan akibat daripada kesilapan ini.

“Kepada pihak yang menyebarkan khabar angin, saya ingin memberitahu saya lebih kuat dan akan belajar dari kesilapan,” katanya.

Dia juga mengakui hubungan kekeluargaannya juga erat dan langsung tidak tergugat.

Dalam pada itu, beberapa lagi gambar intim Syed Abdullah dan Emma turut tular di laman sosial sejak tengah malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");