Berita Hari Ini

Tabung Antirasuah Antarabangsa Diberi Nama Dr M

Sebuah tabung bagi memerangi korupsi di peringkat antara bangsa diberi nama Dr Mahathir Mohamad Fund sebagai penghormatan terhadap usaha perdana menteri dalam membanteras rasuah.

Presiden Persatuan Pihak-Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) Ali Fetais Al-Marri mengumumkan hal ini pada permulaan mesyuarat tahunan IAACA di Vienna, Austria.

Dr Ali Fetais yang juga peguam negara Qatar berkata kerajaan Malaysia bersetuju untuk menyumbang RM500,000 kepada tabung itu, manakala Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani pula akan menyimbangkan sebanyak 1 juta Riyal Qatar (RM1.14 juta) lagi.

Dr Mahathir yang memberikan ucap tama pada Perhimpunan Agung IAACA ke-10 berkata kerjasama antarabangsa amat penting dan perlu dalam membanteras rasuah dan jenayah rentas sempadan.

“Saya percaya IAACA (Persatuan Pihak-Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa) sangat penting, kerana sempadan-sempadan kini sangat poros. Kerjasama antarabangsa juga dapat membantu mengurangkan kadar jenayah,” katanya, lapor Bernama.

Amalan rasuah memburuk 15 tahun lepas

Menurut perdana menteri, Malaysia secara relatifnya bebas rasuah dalam tempoh 45 tahun pertama selepas ia merdeka tetapi amalan rasuah menjadi amat buruk dalam tempoh 15 tahun lepas.

Beliau menjelaskan bagaimana sejumlah wang dipindahkan dari dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) secara pengubahan wang haram di Amerika Syarikat.

Dr Mahathir dipetik Bernama berkata negara-negara miskin tidak mampu untuk menjadi kaya dan membangun seperti sepatutnya disebabkan rasuah yang membantutkan pembangunan mereka, katanya dalam ucapan selama kira-kira 40 minit itu.

Menurut Dr Mahathir negara juga harus memastikan pemimpin mereka tidak mengamalkan rasuah.

AACA ditubuhkan pada 2006 untuk menggalakkan pelaksanaan berkesan Konvensyen PBB Mengenai Rasuah yang turut ditandatangani oleh Malaysia.

Malaysia adalah antara negara terawal menganggotai IAACA yang kini mempunyai 140 negara anggota.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya dan Naib Presiden IAACA, Abu Kassim Mohamed.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");