Membawang Hari Ini

‘Tak Mudah Isteri Lebih Muda’

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menyifatkan, perbezaan usia 34 tahun dengan isterinya memberikan cabaran besar ketika awal mereka mendirikan rumah tangga.

Jamal, 59, yang bertemu jodoh dengan Izzati, 25, pada 1 April 2017 berkata, dia mengambil masa hampir setahun untuk menyesuaikan diri dan proses itu, akuinya bukan mudah.

“Kami hanya bertemu sekali sebelum mendirikan rumah tangga. Jadi, apabila hidup serumah, agak sukar kami menyesuaikan diri memandangkan saya dan isteri dari dua generasi berbeza.

“Dia masih muda, jadi masanya banyak dihabiskan dengan melayani laman sosial membuatkan saya kurang selesa. Tambahan pula, saya kurang sabar.

“Kami perlu banyak bertolak ansur dan Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun bersama, saya serta isteri sudah mula memahami antara satu sama lain,” katanya.

Jamal berkata, hidupnya yang dulu kosong sudah kembali terisi sejak kehadiran Izzati, malah isterinya sering menjadi tempat untuk dia meluahkan isi hati.

“Bahagia rasanya apabila ada teman untuk berbicara. Dulu, saya sunyi setiap kali pulang ke rumah selepas persembahan.

“Penat menghiburkan orang hilang apabila ada isteri untuk berkongsi. Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan Izzati,” katanya.

Ia adalah perkahwinan keempat penyanyi lagu Kekasih Awal dan Terakhir yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwinan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, bersama isteri ketiga, Fatimatuzahrah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");