Sukan Hari Ini

Terima Kasih Kedah – Akhyar

KUALA LUMPUR: Sudah lapan hari sejak penyerang kebangsaan Akhyar Rashid diumumkan secara rasmi sebagai pemain Harimau Selatan dan 24 jam berlalu sejak latihan pertamanya bersama juara Liga Super lima kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sejak itu, pemain berusia 19 tahun itu mendapat pelbagai reaksi di laman sosial sama ada dikritik mahupun dipuji namun Akhyar akhirnya membuka mulut apabila mengucapkan terima kasih kepada bekas pasukannya Kedah dalam akaun Instagram.

“Terima kasih Kedah atas segala-galanya! Semoga berjaya dan cemerlang pada tahun 2019! Terima kasih juga untuk penyokong tegar Hijau Kuning yang banyak menyokong saya selama ini. #PulunKedahPulun,” tulisnya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Akhyar turut memuat naik 10 gambar dia beraksi di samping rakan sepasukan Helang Merah dan penyokong.

Sementara itu, dalam satu video berasingan dimuat naik dalam laman Kedah Media Hub @langhijaukuning, penyokong pasukan utara itu mencipta lagu buat Akhyar yang mengecam klausa tebus kontrak bernilai RM12 juta bersama JDT.

Selain lagu di tepi padang itu, penyokong Kedah turut memulakan usaha untuk tidak ‘follow’ Akhyar dalam semua platform media sosial.

Pemenang anugerah penyerang muda terbaik itu mencetus perbalahan antara JDT dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan ia lebih teruk apabila rayuan Kedah terhadap keputusan jawatankuasa status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membenarkan Akhyar menebus kontraknya dengan mereka sebanyak RM210,000 dan wang pampasan RM75,000 ditolak.

KFA kemudian melahirkan hasrat mereka untuk merayu kes itu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");