shadow

PENYANYI dan juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah berhasrat untuk menyanyikan semula lagu-lagu lama yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Menurut Aishah, dia meminati lagu dari filem klasik dan teringin untuk menyanyikan semula dengan sedikit sentuhan masa kini.

“Saya memang minat lagu-lagu lama terutamanya yang dimainkan dalam filem klasik, kebanyakan lagu-lagu zaman itu memang sedap didengar.

“Saya teringin untuk menyanyikan semula lagu dari zaman itu dan memberikan sedikit sentuhan moden untuk penyesuaian pendengar masa kini.

“Jika berpeluang, alangkah baiknya kalau saya dapat hasilkan kompilasi lagu nyanyian semula suatu hari nanti,” katanya kepada Gempak baru-baru ini lapor Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Aishah telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Malar.

Single ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupannya yang diharungi bersama suami, anak-anak dan peminat, ia boleh didapati di semua platform digital muzik seperti itunes, Joox, Spotify dan Deezer.

Komen & Pendapat