Berita Hari Ini

Tiada Kompromi Pegawai Rasuah, Salah Guna Kuasa

PORT DICKSON: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang terbabit melakukan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam kementerian berkenaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menegaskan mereka yang terbabit tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang dan mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang baik, amanah dan bertanggungjawab akan diberi peluang untuk dinaikkan pangkat.

“Apabila tiada penyelewengan dan salah guna kuasa, peruntukan digunakan dengan cermat dan telus barulah kita akan mencapai urus tadbir yang baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2019 di sini, malam ini.

Terdahulu, Salahuddin berkata persidangan tiga hari yang dihadiri 350 warga FAMA itu adalah platform terbaik untuk merangka sasaran, melaksanakan pendekatan baharu serta merangka perancangan strategik untuk meningkatkan pendapatan warga tani.

Hadir sama Pengerusi FAMA, Ishak Ismail dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");