Berita Hari Ini

Tiada Peruntukan Kecualikan Individu Daripada Kedaulatan Undang-Undang – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada peruntukan yang mengecualikan sesiapapun daripada kedaulatan undang-undang.

Perdana Menteri berkata, kedaulatan undang-undang terpakai kepada semua orang, daripada Raja-raja sehinggalah kepada perdana menteri dan menteri-menteri, kepada penjawat awam serta rakyat biasa.

“Bagi Raja-raja terdapat mahkamah khas tetapi undang-undangnya adalah sama seperti undang-undang yang terpakai bagi rakyat biasa. Raja-raja juga mesti menghormati undang-undang.

“Kita telah bersetuju bahawa Malaysia menerima demokrasi, iaitu pemerintahan oleh rakyat dan untuk rakyat. Ini dicapai melalui persetujuan bersama, dalam bentuk Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

“Ke arah ini, perlembagaan dan undang-undang di peringkat yang berlainan telah disebarluaskan. Malangnya beberapa perlanggaran undang-undang telah dilakukan tanpa tindakan diambil oleh agensi penguatkuasaan undang-undang. Dalam kata lain, Kedaulatan Undang-undang telah tidak diendahkan,” katanya dalam catatan terkini blog chedet.cc malam tadi.

Beliau berkata, semua undang-undang lain diperoleh daripada perlembagaan dan tiada undang-undang yang dalam apa jua cara sekali pun menafikan perlembagaan mungkin diisytiharkan.

Perdana menteri berkata, antara matlamat paling penting Pakatan Harapan ketika dalam perjuangannya untuk menggulingkan kerajaan kleptokratik Datuk Seri Najib Razak adalah memulihkan semula kedaulatan undang-undang.

“Najib tidak mengendahkan undang-undang apabila ia sesuai dengan dirinya. Malah undang-undang telah disalahgunakan untuk menindas rakyat. Daripada melindung rakyat, undang-undang telah mendedahkan rakyat kepada ketakutan yang tidak diketahui tetapi nyata,” katanya.

Dr Mahathir turut menegaskan kerajaan Pakatan Harapan akan menjunjung undang-undang dan hak rakyat serta menegakkan kedaulatan undang-undang lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");