Berita Hari Ini

TMJ Ucap Terima Kasih Kepada PM

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana menghadap ayahandanya, Sultan Ibrahim Iskandar.

Ucapan itu disampaikan dalam kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Twitternya, sebentar tadi.

“Assalamualaikum @chedetofficial. Saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kerana melawat Johor untuk menghadap ayahanda DYMM Tuanku Sultan.

“Saya harap kita boleh bekerjasama dan melangkah ke hadapan untuk negara yang lebih baik. Semoga berjaya dan semoga anda dalam keadaan baik,” katanya lapor Berita Harian.

Kelmarin, Dr Mahathir meluangkan masa selama 90 minit bertemu dengan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene di sini.

Pertemuan itu adalah yang pertama kali antara Sultan Johor dan Dr Mahathir selepas Pakatan Harapan mentadbir negara sejurus memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tahun lalu.

Pertemuan itu juga difahamkan adalah atas jemputan Sultan Ibrahim sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");