Berita Hari Ini

Tuduhan Pernah Berjumpa Altantuya Fitnah – Najib

LIPIS – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa tuduhan beliau pernah berjumpa dengan mendiang Altantuya Shaariibuu sepertimana kenyataan sepupu wanita Mongolia tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini adalah satu fitnah.

Beliau berkata, tuduhan itu merupakan satu penipuan dan beliau juga telah bersumpah di masjid.

“Itu fitnahlah. Tipu. Saya tak pernah jumpa dia. Saya dah sumpah dalam masjid,” katanya pada program ramah mesra bersama rakyat di Kampung Lubok Kulit di sini hari ini.

Hari ini, dalam laporan sebuah portal berita, sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg menegaskan mendiang pernah menunjukkan gambarnya bersama pakar pertahanan Razak Baginda dan timbalan perdana menteri yang menurutnya bernama “Razak”. Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");