Berita Hari Ini

TV Alhijrah Ambil Tindakan Penyindir Najib

Stesen TV Alhijrah akan mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya yang melanggar etika dan dasar syarikat penyiaran itu selaku media dakwah.Perkara itu dimaklumkan TV AlHijrah dalam satu kenyataan ringkas di laman sosial rasminya hari ini.

“BOD (anggota lembaga pengarah) TV Alhijrah akan mengambil tindakan tatatertib terhadap semua pegawai yang bertanggungjawab melanggar etika dan dasar TV Alhijrah sebagai media dakwah,” kata kenyataan itu.

Meskipun tidak dijelaskan secara menyeluruh, namun kenyataan itu dipercayai merujuk kepada teguran bekas perdana menteri, Najib Razak, terhadap syarikat penyiaran itu semalam.

Najib dalam satu hantaran di Facbooknya berkata beliau pelik apabila agensi kerajaan PH disalahgunakan untuk propaganda politik dan menyerangnya.

Kata Najib, sebagai saluran sumber ilmu Islam dan dibiayai oleh wang rakyat ia tidak patut digunakan bagi tujuan politik.

“Patutkah TV Alhijrah yang berasaskan agama dan dibiayai oleh wang rakyat digunakan untuk mengeluarkan perkataan-perkataan macam ini seperti yang saya lampirkan?

“Mungkin sudah lupa juga, sayalah yang lancarkan Alhijrah. Masa menulis itu fikirlah balik. Tanpa Najib, ada peluang untuk bekerja di sana atau tidak?

“Kembalilah kepada matlamat dan fungsi asal,” tulis Najib di laman sosialnya.

Sebelum itu TV Alhijrah di akaun Facebooknya memuat naik satu artikel “Fenomena Bossku, Najib si Raja Troll, Berkesankah?”.

Ia disusuli dengan kata-promosi artikel berkenaan: “Pahlawan Bugis sudah menemui pentas sesuai untuk menari dan mengatur langkah. Kepitnya kini lebih kemas rapi tersusun. Dari perdana menteri, menjadi keyboard warrior. Atau lebih tepat, pahlawan papan kekunci Bugis. Najib kini menempa nama sebagai Raja Troll, membangkang kerajaan dengan satira halus tetapi padu melalui laman sosial”.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini petang tadi mendapati artikel dan hantaran berkenaan di media sosial dan di laman sesawang asal sudah dipadamkan.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");