Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Turun Berkempen Petanda PH Cemas Di PRK Cameron Highlands- KJ

TANAH RATA: Kedatangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Cameron Highlands yang dijadualkan pada 25 Januari ini menunjukkan Pakatan Harapan (PH) kini dalam keadaan cemas.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ini mungkin disebabkan PH berasa tergugat dengan strategi Barisan Nasional (BN) yang meletakkan calon Orang Asli di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

“Saya difahamkan Tun akan turun pada hari-hari terakhir kempen di Felda Sungai Koyan kerana itu kawasan tumpuan kedua-dua pihak disebabkan jumlah undi yang banyak.

“Kita (BN) tidak gentar siapa pun yang turun berkempen cuma luar biasa sedikit kerana dahulu, PM jarang turun kempen PRK.

“Ini mungkin menggambarkan PH ambil serius dan cemas dengan pendekatan BN setakat ini,” katanya semasa ditemui media di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini pada Ahad.

PRK Cameron Highlands pada 26 Januari ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Ramli Md Nor, M. Manogaran (PH) dan dua calon BEBAS iaitu Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib lapor Astro Awani.

Mengulas mengenai dakwaan PH menggunakan jentera kerajaan, Khairy melahirkan rasa kecewa dan menyifatkan gabungan parti pemerintah itu sebagai “cakap tidak serupa bikin”.

“Saya sangat kesal kerana dulu PH banyak tuduh BN guna jentera kerajaan, tetapi sekarang mereka cakap tidak serupa bikin dan menggunakan kenderaan jabatan hutan untuk tujuan berkempen.

“Ini tidak termasuk lawatan menteri-menteri dan juga lawatan (Menteri Pertahanan) Mohamad Sabu yang datang menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");