Berita Hari Ini

Undur Diri Untuk Bersihkan Institusi Perundangan Negara

CAMERON HIGHLANDS– Semua individu penting dalam perundangan negara yang aksi mereka menari dirakam pada dalam satu majlis makan malam diminta meletakan jawatan secara sukarela untuk membersihkan institusi perundangan negara.

Naib Presiden UMNO yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlibat juga perlu permohonan maaf kepada rakyat memandangkan ia merupakan satu perkara yang amat tidak wajar dilakukan mereka.

Katanya, kesemua individu terlibat perlu mengundurkan diri secara sukarela untuk membersihkan kembali persepsi buruk yang telah terpalit terhadap badan-badan yang diwakili mereka.

“Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ini merupakan orang yang mempunyai kepentingan pada waktu-waktu tertentu.

“Perbuatan berjoget bersama walaupun ia hak individu masing-masing, namun perkara itu telah membawa persepsi yang buruk terhadap badan-badan diwakili mereka terutamanya institusi kehakiman itu sendiri.

“Mereka perlu mengundur diri untuk membersihkan institusi perundangan
negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan dan ramah mesra di Pasar Pagi dan Pasar Tani Brinchang di sini hari ini memetik laporan Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");