Sukan Hari Ini

Valverde Tidak Pasti Masa Depan Dengan Barcelona

KETUA jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, tidak pasti sama ada dia akan kekal selaku pengendali pasukan itu musim depan.

Menurut laporan Stadium Astro, ura-ura menyatakan kotrak Valverde akan ditamatkan penghujung musim ini walaupun Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, mendedahkan pada Oktober lalu, pengendali berusia 54 tahun itu akan dikekalkan sehingga tahun depan.

Bagaimanapun, Valverde dan Barca mempunyai pilihan untuk menamatkan kontrak itu setahun lebih awal.

Ditanya Barca TV mengenai masa depannya, Velvarde yang dilantik selaku pengendali Barca pada 2017, berkata: “Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan musim depan.

“Dalam sukan bola sepak ini, siapa yang tahu? Kita semua sedar apa kemungkinan yang akan berlaku. Saya tidak akan memikirkan apa yang akan terjadi pada masa depan.

“Bagi kami, dua bulan ini adalah cukup lama. Jika menang, semua pihak akan gembira. Jika kalah, saya akan diperhatikan.

“Apa yang saya mahu adalah semua pihak berpuas hati dengan kerja yang saya lakukan. Tetapi saya tidak akan menipu.

“Jika kami tidak memenangi kejuaraan liga, ketua jurulatih akan dipersalahkan kerana ia lumrah di sini. Saya mencuba untuk mencapai objektif itu dan sudah pasti masanya akan tiba tidak lama lagi. Kita akan saksikannya nanti,” katanya.

Barca kini memiliki kelebihan tiga mata di depan Atletico Madrid selaku pendahulu LaLiga.

Mereka akan berdepan Getafe hujung minggu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");