Membawang Hari Ini

Video Air Mata: Pesakit Polio Sebak Bertemu Siti Nurhaliza

SELAMA ini, Khusnul Khotimoh yang berasal dari Surabaya, Jawa Timur hanya mampu mendengar suara dan menyimpan keinginan untuk bertemu idolanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Namun semua itu hanya sekadar angan-angan buatnya kerana dalam keadaan diri serba kekurangan, apa kudrat yang ada padanya untuk mendapat cita-cita itu.

Bagaimanapun, keinginan menggunung Khusnul Khotimah yang juga seorang pengidap penyakit polio termakbul apabila penyanyi lagu Anta Permana itu berdiri di depan matanya.

Dalam satu program bual bicara Hitam Putih terbitan stesen televisyen Trans 7, Indonesia pada Selasa,
Khusnul dikejutkan dengan kehadiran penyanyi yang disifatkan menjadi inspirasi buatnya untuk meneruskan kehidupan.

Malah apabila bertentang mata dengan Siti Nurhaliza, tiada apa yang mampu dilafazkan Khusnul selain hanya terdengar surau tangisan kegembiraan.

Sebelum kehadiran penghibur yang juga buah hati kesayangan Malaysia dan Indonesia itu, Khusnul yang ditemu bual pengacara program berkenaan, Deddy Corbuzier dan dua lagi pengacara lain, mendedahkan, sudah terlalu lama dia menyimpan keinginan untuk mengucapkan terima kasih kepada Siti Nurhaliza.

“Terima kasih buat beliau (Siti Nurhaliza) kerana menjadi penyemangat hidup saya. Mendengar suara beliau sahaja sudah memberi semangat buat saya,” kata Khusnul memetik laporan Astro Awani.

Rakaman saat-saat sedih pertemuan Khusnul dengan Siti Nurhaliza dapat ditonton dalam video berdurasi 12.59 di saluran YouTube Trans7 Official.

Sedutan video itu juga dapat ditonton di laman Instagram Siti Nurhaliza @ctdk atau Instagram pengurusnya, Rozi Abdul Razak @rozisangdewi.

Siti Nuhaliza yang baru saja meraikan ulang tahun kelahiran ke-40 pada 11 Januari lalu mengadakan kunjungan singkat ke Jakarta bagi mempromosikan konsert solo beliau yang akan diadakan di Istora Senayan, Jakarta pada 21 Februari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");