Sukan Hari Ini

Wakil FAM Bertugas Di Piala Asia 2019

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapat kepercayaan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila beberapa pegawai FAM terpilih menjalankan tugas di Kejohanan Piala Asia 2019.

Menurut laporan BH Online, seramai lima wakil negara terpilih dan diberi tanggungjawab menjalankan tugas tertentu di kejohanan yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 5 Januari hingga 1 Februari.

Mereka terdiri daripada Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang menjalankan tugas-tugas khas di tiga venue perlawanan di bandar Abu Dhabi, Exco FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media FAM, Christopher Raj selaku pegawai media di venue Stadium Mohammed Zayed, Abu Dhabi.

Manakala Mohd Amirul Izwan Yaacob dilantik sebagai pengadil bersama dua pembantu pengadil, Mohd Yusri Muhamad dan Mohamad Mu’azi Zainal Abidin.

Bagaimanapun, Stuart dijangka pulang ke tanah air hari ini selepas menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh AFC kepadanya.

Manakala Christopher, Amirul, Yusri dan Mu’azi, akan terus menabur bakti mereka pada baki saingan Piala Asia 2019 ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");