Perak Hari Ini

Walau Tarif Air Naik, Golongan Yang Memerlukan Akan Dibantu- MB Perak

IPOH- Kerajaan negeri akan memastikan golongan memerlukan diberi pembelaan yang sewajarnya apabila keputusan untuk menaikkan tarif air dilaksanakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata tarif air tentunya perlu dinaikkan kerana kerajaan berpandangan rakyat perlu dididik supaya menghargai nilai air.

“Pada pandangan saya, jika perkara ini tidak dilaksanakan pada tahun ini, mungkin akan dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang, mungkin dua atau tiga tahun akan datang.

“Jika kita boleh melabur untuk membeli air minuman seperti air mineral pada harga pasaran, namun gemar membazir penggunaannya ketika dirumah kerana subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan kerajaan.

“Begitu juga dengan pengguna-pengguna domestik yang mana, mereka juga perlu dididik supaya menghargai nilai air,” katanya dalam satu sidang media di Bagunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal menghadiri satu taklimat yang telah disampaikan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan perkara berkenaan telah dibangkitkan dimana terdapat keperluan untuk menyeragamkan tarif air di seluruh negera.

Namun begitu menurut Ahmad Faizal, masih tiada keputusan daripada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan untuk menaikkan tarif air tetapi perkara ini masih lagi diperingkat perundingan dan segala kajian akan perhalusi terlebih dahulu.

“Keputusan untuk menaikkan tarif air ini, akhirnya nanti akan dibuat melalui keputusan kerajaan negeri dan akan dipertimbangkan dahulu sebelum ianya dilaksanakan.

“Dalam masa yang sama juga kita perlu faham, malah memberi pemahaman kepada rakyat dimana, jika ia perlu dilakukan, ianya adalah disebabkan atas keperluan bukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");